Tuesday, July 27, 2010

Ibu, Ayah, Aku dan Baju Raya...

Heee... nak raya dah. korang perasan tak? Puasa dah abis ganti ke belum? Aku belum. Aiyokk.. tak tahu. tak pe. Sempat2..

Cuti sem lepas, ibu ajak beli baju raya dah. Ibu kata nanti tak sempat pulak nak beli kan. Tapi kan, aku rasa macam tiap2 kali cuti sem mesti ibu belikan aku baju baru. Terima kasih ibu! Tapi kan dalam tgh shopping2 kat Jusco hari tu, ibu hilang pi mana ntah. Tau2 muncul bawak 5 helai baju kaftan! Haiyo~ Mana baju raya ibu? Ayah pandang tak kelip2. Ibu berkata dengan memek muka yang comel... "Biarla. Ibu nak~" Ayah pun beredar pasrah. Hehe.. ibu mmg comel~

Ayah pulak, ikutkan aje kerenah ibu ngn anak pompuan dia sorang ni. Bagi ayah, kalau shopping baju raya, ngn barang2 dapur tak pe. Tapi kalau ajak beli beg ke, kasut ke, mesti ayah bising. Ayah mesti kata, "Esok2 kita leh bukak kedai la. Pegi tgk kat dalam stor tu. Sape punya kasut sumer tu? "Kalau beg tu.. dalam beg ada beg, dalam beg ada beg lagi" , dan seterusnya... korang sambung la sendiri.


Sumer jenis kasut ada dalam stor, tp yang macam atas ni tak de


Ada satu lagi satu pe'el ayah ialah, punya liat dan susah kalau nak beli baju melayu untuk raya ni.. Ayah kata, ayah pakai jubah pegi haji je. Tak payah beli len. Ibu marah. Aku sedih. Sebab tak dapat pujuk ayah beli baju. Tapi itu lah ayah. Sangat pandai berjimat kata ibu. Untuk diri sendiri, ayah jarang beli yang bukan2. Biar isteri ngn anak2 yang lawa.

Tapi ye ke.. ayah ada hobi beli benda len~~ Jeng Jeng.. Ayah suka dan sangat suka ngn hardware store. Bagi ayah, itu lah port shopping ayah. Contohnya, supermarket "COWBOY". Orang melaka tau la apa tu cowboy. Apa yang ada kat cowboy tu? Ha.. ada macam2! Antara barang yang ayah suka, screwdriver, hos mesin basuh, kepala paip, dan yang seangkatan dengannya. Tp bila pk2 balik, barang2 tu untuk umah jugak. Kalau kat umah tu ada pape yang rosak, tak yah pi kedai dah. Dalam stor dah ada. hehe.. Ayah memang BEST!~



Friday, July 16, 2010

.:MyVi dan Result:.

HAaa... result dah kuar. Alhamdulillah. Sangat-sangat bersyukur dengan result kali ni. Thanks pada kawan-kawan yang bagi semangat dan yang dah share ilmu. (^_^)

Thank God that the hardest decision I've made worth a good GPA. hehe... Terima kat ayah ibu jugak sebab bagi pemangkin yang berbentuk material iaitu.. MY BABY~ (myvi kesayangan ku)
Puas aku pujuk ayah untuk bagi aku bawak 'baby' kat UTP. Last2, lepas diskusi ayah ngn angah, dapat jugak aku bawak 'baby'. credit to angah. Baby aku jadikan sebagai penaik semangat dan sebagai satu confidence aku untuk terus belajar dengan happy. Muahh!

message ngn ayah..

aku : daddy, exam result is out! I got _._ _ and total CGPA is _._ _

ayah: keep it up & congregulation
(Note: ayah sengaja wat2 salah eja)

aku : it's not a waste for giving me myvi :p

ayah: it's not a waste but BERBALOI BALOI~

Wednesday, July 14, 2010

.:A Reason to Start:.


Haa.. terjebak jugak aku dgn dunia blog ni rupanya. Dah lama rasa nak start buat blog ni, tp tak bersedia lagi. Tp rasa mcm dah tertinggal keretapi la pulak. Orang len dah sibuk2 layan blog, aku baru terhegeh2 nak buat. hehe.. Tp tak pe lah. Aku nak buat jugak!! huh. Apa sebab aku nak buat blog ni? Hmm.. banyak sebab. Antara 3 sebab yang teratas..

1) Jeles tgk blog orang len (^_^)v haha..
2) Ibu suruh buat. Ttteeet..
3) Nak share jugak cerita2 dan perkembangan dgn kawan2 yang dah berjauhan di mata~ p/s: facebook kan ada.. doouuhh..

Hopefully, blog ni boleh menceriakan hari2 anda semua termasuklah aku. Peace (^_^)v